Tuesday, 14 June 2011

yea...ari ahad ni cuti...

Menang Piala FA, Sukma: Terengganu cuti Ahad ini
Jun 14, 11 9:54am
 
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said mengumumkan cuti umum bagi seluruh negeri itu Ahad ini sempena kemenangan skuad bolasepak negeri itu menjulang Piala FA Sabtu lalu.kuala terengganu by election 120109 ahmad saidCuti peristiwa itu juga sempena kejayaan kontinjen Terengganu menjuarai Sukan Malaysia (Sukma) ke-14 di Kuala Lumpur, yang berakhir semalam, buat kali ketiga berturut-turut.

Ahmad membuat pengumuman itu pada sambutan meraikan wira skuad Penyu dan Sukma di Dataran Shahbandar yang dihadiri kira-kira 10,000 penyokong.

Turut hadir pada majlis itu ialah Presiden Persatuan Bolasepak Terenggganu, Datuk Che Mat Jusoh dan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Rozi Mamat.

Ahmad berkata cuti umum itu sebagai penghargaan kepada pemain dan juga peminat yang sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada arena sukan tempatan.

Pada majlis itu juga, beliau mengumumkan habuan sebuah komputer riba dan pakej percutian ke Eropah bersama wang saku RM10,000 kepada setiap pemain pasukan Penyu serta pegawai dan pengurus pasukan berkenaan.

Sementara itu, atlet Sukma yang memenangi emas pada kejohanan itu bakal menerima RM5,000 setiap seorang, RM3,000 untuk pingat perak dan RM2,00 untuk pingat gangsa.

- Bernama

Saturday, 11 June 2011

my first entry...



hari nie berminat utk bercerita pasal bola..too excited to win the game...(dengan niat Terengganu akan cuti)...he..he..tapi sampai entri nie ditulis..Y.A.B MB belum announce apa2 news lagi...mungkin nak announce sekali ngan pencapaian SUKMA yg mane skrg negeri terengganu masih mengungguli takhta pungutan pingat....

Semalam drive dr kemaman ke kuala berang...mase game start...diriku tengah drive...memikirkan diri nie akan terlepas saat2 manis jaringan gol..dengan pantas mencari frekuensi Terengganu FM.. ternyata usahaku berbaloi..dapatlah dengar lintas langsung dari Stadium Bukit Jalil..Dlm 20 minit separuh mase kedua nak habis akhirnya sampi kat umah...terus tengok tv..barang2 dalam kereta dibiarkan tak berangkat...tengah kusyuk tengok game..

mate sibuk tengok tv...putriku pulak nak tido berayun...potong betul la adik...tetibe jaringan gol kelantan melenyapkan harapan dan keghairah keluargaku utk tengok ganu menang...masing2 dah frust ..termasuklah penonton dgn melangkah kaki meninggalkan tempat duduk utk keluar dari stadium... mase tu dah dalam bilik hayun mia...tetibe dengar suara kak ma....GOL!!!! bair betul..ye memang betul... terengganu jaringkan gol di saat baki perlawanan tinggal kurang 1 minit...yes...seakan mimpi...

Akhirnya...masa tambahan separuh mase kedua...pemain simpanan terengganu akhirnya menjaringkan gol kemenangan utk. terengganu...hatiku berbunga riang...tak sabar nak tunggu YAB umum cuti...samapi kesudah tak umum2...pukul 1 pagi masih lagi berbalas sms dengan rakan seopis nak mengesahkan esok cuti ker tak...dan dengan kecewa...sahlah terengganu tak cuti..

hari nie kat opis bercerita pasal bola & cuti...YAB kitaorang menunggu utk berita gembira....kalulah esok cuti seronoknyer...takyah gie court....hu..hu...

APA2PUN TAHNIAH UTK PASUKAN TERENGGANU ATAS KEMENANGAN SEMALAM... YAHOOOOO!!!!!!!!!!!!!!!!